Wednesday 8 August 2012

Tiada Lagi Kilauan

Musim Olimpik menghampiri penghujungnya memandangkan banyak acara yang dipertandingkan sudah dimenangi oleh jaguh-jaguh antarabangsa. Tidak kurang juga rekod-rekod baru yang tercipta, yang paling mengkagumkan bagi aku adalah rekod larian 100 meter dari Usain Bolt yang mencatatkan 9.63 saat. Rekod yang terbaik setakat ini, sama ada rekod dunia mahupun Olimpik.

Kontinjen negara kita juga punyai peluang untuk memenangi pingat yang menjadi rebutan di dalam temasya ini kerana kita juga punyai atlit bertaraf dunia seperti Datuk Lee Chong Wei dalam sukan badminton dan Azizul Husni dalam acara berbasikal. Mereka berdua ini merupakan harapan emas negara.

Datuk Lee Chong Wei telah meraih pingat perak dalam acara badminton setelah tewas ditangan saingan utama beliau iaitu Lin Dan dari Cina. Datuk LCW memenangi set pertama, tetapi kalah di set kedua dan di set penentuan dengan perbezaan mata 19(MAS)-21(CHINA). Datuk LCW telah memberi segalanya untuk memenangi perlawanan tersebut tetapi apakan daya nasib tidak menyebelahi beliau dan sudah menjadi adat perlawanan, ada yang menang dan ada yang kalah.

Manakala bagi Azizul, di peringkat saringan beliau begitu gagah dengan memenangi tempat ke-2 untuk melayakkan diri ke pusingan akhir. Tetapi beliau telah melakukan kesilapan dalam mengatur strategi dalam kayuhan beliau dan menyebabkan beliau telah menghabiskan saingan di tempat terakhir dalam pusingan akhir tersebut. Di lihat semalam, beliau terperangkap di dalam kelompok dan menyebabkan beliau tidak dapat melakukan henjutan dan menamatkan saingan dengan terpaksa berpuas hati dengan tempat terakhir. Azizul, cuba lagi kerana byk lagi Olimpik untuk mu.

Maka, dengan itu tiada lagi harapan kilauan emas dari kontinjen negara buat temasya Olimpik 2012 kali ini. Bagi atlit-atlit negara yang menyandang tugas ke Olimpik, diucapkan jutaan terima kasih kerana telah mencuba yang terbaik. Mungkin kita perlu terus berusaha untuk berada di tempat terbaik di pentas dunia.

No comments:

Post a Comment