Thursday 30 August 2012

Kemerdekaan

Apa erti kemerdekaan kepada kita? Dulu, kemerdekaan bererti bebas dari jajahan kuasa asing dan berjaya mentadbir negara sendiri. Itu dulu. Adakah definisi kemerdekaan dulu dengan sekarang masih lagi sama? Jika berubah, apa yang berubah itu? Kenapa?

Pada hematnya, kini sudah tiada penjajah seperti dahulu. Datang ke negara demi negara dengan melancarkan peperangan demi meluaskan empayar. Tapi adakah dengan tiadanya penjajah sedemikian membuatkan kita betul-betul merdeka? Kita biasa terdengar, "kini bukan lagi zaman kekuatan fizikal, tak guna belajar silat, tomoi, tae kwon do. Orang dah tak guna semua tu. Kini zaman intelek dan teknologi."

Nah, di sini bezanya cabaran sekarang dengan zaman dahulu. Intelek dan teknologi. Cuba kita tengok di sekeliling kita. Masih wujudkah nilai-nilai ketimuran di negara kita? Masihkah nilai-nilai tersebut diamalkan? Apa yang dapat dilihat secara jelasnya kini, pemakaian, tindak-tanduk, pemikiran sudah tiada lagi nilai ketimuran. Jenayah juga kian meningkat. Jika kita selalu lihat berita atau surat khabar, saban hari ada saja rompakan, pembunuhan, rogol. Yang tersiar di dalam media itu kes-kes yang dilaporkan, bagaimana pula dengan kes yang tidak diketahui dan kes terpencil?

Adakah ini kemerdekaan yang kita mahukan? Fikir-fikirkanlah. Ayuh bangkit, kita ubah corak dan cara kehidupan kita. Hidupkan kembali budaya ketimuran kita.

Tuesday 21 August 2012

Raya..Raya..Raya

Alhamdulillah, setelah sebulan umat Islam berpuasa sekarang tibalah sambutan Hari Raya meraikan kemenangan dalam menjalani ibadat puasa. Semoga kita semua sempat bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun-tahun yang akan datang. Insya Allah.

Ni sekarang ni dah raya ke-3. Ingat nak buat entri pada raya pertama tapi tak sempat la pulak sebab banyak sangat undangan di sana sini. Raya ke-2 iaitu semalam rumah sendiri pulak buat open house. Tak menang tangan melayan tetamu. Juadah yang disediakan adalah lontong, kuah lodeh dan sambal tumis bilis. Side dishes macam tapai, ketupat, lemang tu wajib la ada. Hehe..

Hari ni nak menghala ke Pengkalan Chepa, Kota Bharu pulak. Sepupu ada buat majlis pertunangan. Hmmmm..orang lain sibuk dah nak kahwin kita ni masih terkial-kial lagi nak habiskan belajar. Sabar, sabar..lagi setahun je lagi nak habis belajar.

Anyhow, tak beraya mana la aku kat rumah member-member tahun ni. So, tunggu raya ke-5 dulu lepas tu mula puasa sunat 6 Syawal la pulak. Hehe.

Entri yang ala kadar dan cukup-cukup syarat jek. Jadi, saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin.

Sunday 12 August 2012

Exam Week!

Semalam, Sabtu, 11 haribulan Ogos 2012, bermulalah minggu peperiksaan kat tempat aku belajar. Hari sabtu tuuu.. Orang lain hari sabtu atau hujung minggu bercuti kot tapi kita kena exam pulak. Ditanya mengapa dijawab pulak "kan sekarang ni semester pendek, so, hari sabtu pun kena buat exam jugak la.". Mantap punya jawapan. Teringat pulak aku semester-semester lepas, ADA JE PERIKSA ARI SABTU WALAUPUN SEMESTER TU SEMESTER PANJANG!!

Apa yang aku cuba highlightkan kat sini ialah, kalau nak beri alasan pun biarlah munasabah. Jangan la main jawab ikut sedap mulut je. Kan dah terjerat dengan kata-kata sendiri. Aku takde hal pun nak buat exam hari apa pun sebab memang tugas student la untuk attend exam. It is a part and partial of students' life in campus. What do you expect? The schedule does not bend according to your needs but you need to bend your life for the schedule. Maksudnya, ko tau ko tu student, tugas ko belajar, kalau rasa tak boleh nak bagi komitmen baik tak payah belajar. Buang masa, tenaga dan umur je.

Pagi tadi pada pukul 9 aku ada 1 paper. Masya Allah, senanglah dia punya soalan tapi yang jadi masalah nya adalah, Masya Allah, payahnya nak bagi jawapan!! Soalan nya senang je sebab baca je dah faham, tapi yang tang nak jawab soalan tu problem tuuu. Tapi takpe, aku cool, rilek dlu. Baca berulang kali aku pun dapat ilham macam mana aku nak jawab soalan ni.

Berbekalkan point-point dan kefahaman yang aku ada tentang soalan tu, maka, sesi karang-mengarang pun bermula. Setelah soalan demi soalan aku jawab, tiada tersedar habis 1 booklet jawapan aku tulis. Aku pun rasa hairan jgk, camne aku boleh tulis banyak macam tu?? Lalu tangan diangkat minta booklet jawapan yang baru. Maka, wujudlah mata-mata yang memerhati, setengahnya kagum, setengahnya hairan dan setengah lagi meluat. Aik?? Ni dah jadi 1 1/2 ni. Ahh, lantak laaa. Aku punya answer script, aku punya suka laa.

Setelah mengarang selama 2 jam setengah, aku berpuas hati dengan jawapan aku lalu aku angkat tangan dan berlalu beredar meninggalkan meja. Maka, lega la 1 paper dah abess.

Chow dlu!

Wednesday 8 August 2012

Tiada Lagi Kilauan

Musim Olimpik menghampiri penghujungnya memandangkan banyak acara yang dipertandingkan sudah dimenangi oleh jaguh-jaguh antarabangsa. Tidak kurang juga rekod-rekod baru yang tercipta, yang paling mengkagumkan bagi aku adalah rekod larian 100 meter dari Usain Bolt yang mencatatkan 9.63 saat. Rekod yang terbaik setakat ini, sama ada rekod dunia mahupun Olimpik.

Kontinjen negara kita juga punyai peluang untuk memenangi pingat yang menjadi rebutan di dalam temasya ini kerana kita juga punyai atlit bertaraf dunia seperti Datuk Lee Chong Wei dalam sukan badminton dan Azizul Husni dalam acara berbasikal. Mereka berdua ini merupakan harapan emas negara.

Datuk Lee Chong Wei telah meraih pingat perak dalam acara badminton setelah tewas ditangan saingan utama beliau iaitu Lin Dan dari Cina. Datuk LCW memenangi set pertama, tetapi kalah di set kedua dan di set penentuan dengan perbezaan mata 19(MAS)-21(CHINA). Datuk LCW telah memberi segalanya untuk memenangi perlawanan tersebut tetapi apakan daya nasib tidak menyebelahi beliau dan sudah menjadi adat perlawanan, ada yang menang dan ada yang kalah.

Manakala bagi Azizul, di peringkat saringan beliau begitu gagah dengan memenangi tempat ke-2 untuk melayakkan diri ke pusingan akhir. Tetapi beliau telah melakukan kesilapan dalam mengatur strategi dalam kayuhan beliau dan menyebabkan beliau telah menghabiskan saingan di tempat terakhir dalam pusingan akhir tersebut. Di lihat semalam, beliau terperangkap di dalam kelompok dan menyebabkan beliau tidak dapat melakukan henjutan dan menamatkan saingan dengan terpaksa berpuas hati dengan tempat terakhir. Azizul, cuba lagi kerana byk lagi Olimpik untuk mu.

Maka, dengan itu tiada lagi harapan kilauan emas dari kontinjen negara buat temasya Olimpik 2012 kali ini. Bagi atlit-atlit negara yang menyandang tugas ke Olimpik, diucapkan jutaan terima kasih kerana telah mencuba yang terbaik. Mungkin kita perlu terus berusaha untuk berada di tempat terbaik di pentas dunia.

Monday 6 August 2012


Hadoooiii...genap sebulan tak ada entri..bulan lepas memang sibuk la dengan assignment la, presentation la.. Jadi diri ku tidak berapa terurus time tu dan time management pon fail. So, no time allocated for blogging.

Sebut time management, aku teringat satu peringatan. Aku tak sure la hadith ke atau kata-kata cendikiawan Islam. "Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, nescaya dia akan memotong mu.". Aaaarggghh, aku sudah dipotong oleh pedang tersebut dan hidup ku tak berapa teratur sekarang ni. Final exam pon dah dekat, lagi 5 hari untuk menghadap 1st paper.

So, sekarang ni cari mood untuk study la pulak and by the way, rumah sewa aku dah ada internet!!yahooo, lepas ni akan ku cuba untuk update kan blog hari-hari atau pon dalam seminggu tu mesti ada entri baru..hehe

Chow dlu!