Saturday 7 July 2012

Celcom Oh Celcom

Assalamualaikum dan salam 3S!

Aduiiii, aku ni kira pengguna celcom yang setia la kan. Tapi bila dah tukar nombor tu dikira tak setia la pulak. Tukar nombor tu bukan tukar kepada 'provider' lain tapi tukar nombor celcom yang lain sebab..errr...adalah sebabnya. Hehe.

Apa yang aku nak cakap kat sini adalah celcom ada kemudahan 'airtime sharing' kan? So, aku nak gunalah 'service' tu tapi bila aku 'request' nak 'share' 'airtime'. sampai la satu mesej cakap penggunaan aku sebanyak RM10 dalam masa 24jam belum lagi dijalankan. Aku pun hairan. Tau la nombor yang aku guna sekarang ni baru 3 bulan tapi aku 'topup' dah lebih RM50 rasanya.

Aku dengan rasa hairan dan tertanya-tanya campur sedikit bengang. Aku terus dial nombor 'customer service' celcom yang bernombor 1111. Ikut arahan dari mesin yang suruh "tekan 1 untuk itu, tekan 2 utk ini dan sebagainya" dan pilih untuk bercakap dengan perunding perkhidmatan. Tunggu punya tunggu akhirnya bersambung juga dengan perunding perkhidmatan, perempuan yang bercakap di hujung talian sana.

Aku pun ucap selamat malam kat dia dan aku terus bertanyakan 'problem' aku hadapi. Aku cerita pada dia soal 'airtime sharing' tu dan aku tanya kenapa aku tak boleh guna 'service' tu sedangkan penggunaan aku dah lebih dari RM10. So, dengan tenangnya minah tu menjawab "encik, penggunaan RM10 yang dimaksudkan tu adalah encik kena habiskan dalam masa 24jam."

Haaaaaa?? Aku macam terpana sekejap sebab tak berapa percaya dengan apa yang aku dengar. So, aku tanya untuk kepastian "maksudnya hari ini topup RM10, hari ini jugak kena habiskan RM10 tu?macam tu ke?". Minah operator tu dengan selamba nya menjawab "Ya betul, encik.". Aku masih tak puas hati dengan penjelasan dia, aku tanya lagi "kenapa pulak kena macam tu?tak pernah pun saya dengar pasal benda ni?". Minah operator tu sekali lagi dengan selambanya menjawab " Ini 'procedure' baru kita untuk pengguna baru perkhidmatan celcom."

Apaaaa?? Noooo!!! Adduuii, ada jugak 'procedure' macam ni ye? Baru ingat nak kasi tahan kredit untuk 1 minggu. Fikir-fikir balik, lain kali je la habiskan RM10 dalam 1 hari sebab sekarang ni poket tak berapa sihat. Tunggu tebal-tebal sikit la baru buat. Hehe

Panjang la pulak entri kali ni. Hope you guys enjoy reading what I have shared this morning. Chowz!
Assalamualaikum.

Friday 6 July 2012

Cerita Hari Jumaat

Assalamualaikum dan salam Sinaran Sang Suria!

Alhamdulillah, hidup lagi aku hari ini. Hari Jumaat, dalam Islam, ia merupakan penghulu kepada segala hari. Penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Ilahi. Sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat, si arwah akan aman atau diringankan dari fitnah kubur iaitu seksa kubur. Ini dinyatakan dalam hadith sahih dan ditakwilkan oleh para ulama' sedemikian. Jadi bersama-samalah kita mencari keberkatan hari Jumaat ini dengan memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Hehehe. Bertazkirah sikit di pagi Jumaat ni. Biasalah kan manusia, selalu lupa dan perlukan peringatan. Hati manusia ini boleh menjadi keras jika sekian lama tidak mendengar tazkirah ataupun peringatan. Jadi banyak cara nak memperolehi peringatan ni. Salah satu cara adalah dengan menghadirkan diri ke masjid atau surau. Selepas solat fardhu mesti ada kuliah, errr, maksudnya pergi la masjid yang 'confirm' ada kuliah. Jangan la pulak pergi kat masjid yang takde kuliah, berjanggut tunggu pun memang takkan ada.

Kalau la tempat tinggal korang jauh dari masjid mahupun surau, korang boleh dengar ceramah agama dari CD atau kaset. Tu yang paling 'cikai' la kan sebab sambil-sambil buat kerja lain pun boleh pasang dan dengar kan? Haaa, kalau takde duit nak beli CD atau kaset tu, ada lagi alternatif lain. Jangan nak beralasan sangat dalam bab dengar ceramah agama ni, YOUTUBE kan ada.

Sambil-sambil korang 'online' ni pun boleh je buka youtube lepas tu taip la nama penceramah-penceramah yang korang biasa terdengar orang sebut. Kalau tak tau nama penceramah pun tak apa, taip saje bab apa yang korang nak tau, contohnya, bab solat, kahwin, zakat, akidah, syahadah, adab kepada ibu bapa, adab bergaul. Macam-macam la ada.

Entri kali ni macam berat sikit tp agak santai la kan. Hehe. Selamat mencuba. Chow dlu. Assalamualaikum.

Thursday 5 July 2012

Terlepas Peluang...

Hati ini terasa sayu bila tahu tak berpeluang untuk mengikuti Kem Outdoor yang diadakan di Agro Resort Setiu, Terengganu. Orang cakap kat sana 'best' kalau buat aktiviti 'outdoor'. Ada 'flying fox', kayak, 'jungle trekking' dan banyak lagi. Huahahaha. (gelak ke sedih ni?)

Sebab aku tak berpeluang untuk 'join' kem tu bukanlah kerana penyertaan dah penuh, tapi disebabkan kerja 'part-time' aku tidak membenarkan aku 'join' kem tu. Dalam kotak fikiran aku, pada mulanya fikir macam-macam la cari jalan nak 'join' jugak kem tu. Tapi bila fikir-fikir, hmmm, pergi kem tu dapat seronok je tapi kalau kerja dapat gaji dan bila dapat gaji, seronok la.

So, aku ambil keputusan untuk tidak pergii walaupun terasa sedikit rugi. Tapi kalau tak kerja mana nak dapat duit. Hehe.

Whatever it is, Chow! =)

Wednesday 4 July 2012

ATM Kad Dah Siap!

Assalamualaikum dan Salam 3S!

Hari tu aku hilang ATM kad kan? Aku dah pergi bank nak buat kad ATM yang baru. So, kerani kaunter pertanyaan pun berilah borang untuk gantikan kad yang hilang tu. Aku isilah selengkapnya borang tu dan 'guard' pun beri nombor giliran.

Tunggu punya tunggu, nombor aku dipanggil ke kaunter 3. Lalu borang itu diserahkan kepada pekerja kaunter tu. Dia pun minta kad pengenalan aku untuk periksa borang tu. Okay, selepas ni benda yang aku nak taip ni adalah 'highlight' untuk ganti kad ATM yang hilang.

Mula-mula pekerja tu tanya 'kat mana aku buka akaun bank tu'. Lepas tu aku jawablah dan tanya kenapa perlu tahu kat mana akaun tu dibuka. Pekerja tu jawab 'dia kena cross-refer dengan bank yang aku buka akaun tu untuk 'verify' atau pastikan akaun tu benar-benar wujud dan dibuka disana.'

So, aku tanya 'berapa lama nak 'verify' benda ni?'. Pekerja tu jawab 'kita akan hantar e-mail kepada cawangan bank untuk pastikan benda ni dulu, nanti kita dapat jawapan dari sana, kita akan proses. Mungkin akan ambil masa paling cepat setengah jam. Tapi kami minta dari tuan dalam masa 1 jam.'

Dengar 1 jam tu aku terus lega. Aku jawab 'okay, kira 1 jam selepas ni saya datang balik. Perlu saya ambil nombor giliran baru ke?(tanya tu sebab malas nak menunggu lama). Dia pun jawab 'tak payah ambil nombor baru, datang je ke kaunter saya.'. Okay!(Happy!)

Setelah 1 jam 'round2' bandar, aku kembali ke bank tu dan menonong aku ke kaunter 3. Alamak!! Seat dia kosong! Aku tanya kakak yang kaunter sebelah tu, dan selamba kakak tu jawab 'dia keluar minum kejap'. Perrrghhhh!! Menunggu juga aku akhirnya. Tapi tunggunya tak lama, 5 minit je. Lepas tu dapatlah kad ATM aku tu dan aku diarahkan pergi beratur kat kaunter 8 pulak untuk 'punch in' PIN baru.

Setelah beratur selama 5 minit siap lah kad ATM aku. Masa 'punch in' PIN tu, pekerja kat kaunter tu maklumkan kat aku 'ni kita akan potong rm15 dari akaun awak sebab pembaharuan kad.' Aku pon menjawab pasrah 'okay'.

Itulah cerita dan sedikit prosedur untuk gantikan kad ATM yang hilang. Bank yang terlibat adalah Bank Islam. Bank lain aku tak pasti macam mana pulak prosedur dia. Hehe. Komen la yer, kalau prosedur kat bank lain berbeza dari yang ni, kongsi-kongsikan lah yer. Terima kasih. Chow~

Assalamualaikum.

La Viva Espana!

Sepanyol menang EURO 2012!! Okay, cerita basi.  Tapi kisah apalah korang nak kata. Gol-gol yang dihasilkan oleh 'player' Sepanyol sangat mengagumkan!

Bermula dengan jaringan David Silva yang menanduk bola ke dalam gawang Italy hasil hantaran lintang dari Cesc Febregas yang menerima lorongan dari Andres Iniesta. Masa Silva 'score' gol tu kan, dia macam 'stumled' sikit, tapi 'cover' sikit la kan sebab dah jadi hero mestilah nak buat 'celebration' sikit. Okay la tuu. Hehe.

Gol ke-2 adalah jaringan dari Jordi Alba hasil lorongan Xavi Hernandez pada minit ke-40. Ini adalah gol pertama Jordi Alba semasa menyarung jersi Sepanyol yang mana terdahulu Alba membantu Xavi mendapatkan gol ketika European Championship.

Manakala gol ke-3 dijaringkan oleh penyerang sensasi Sepanyol iaitu Fernando Torres yang sekarang ini mendapat kritikan dari pelbagai pihak mengenai persembahannya yang tidak konsisten. Sekali lagi hasil hantaran dari Xavi, Torres menyambut bola dengan 'first touch' dan mengekalkan komposisinya dan terus meledak tendangan yang mana menghasilkan gol pemusnah harapan Italy.

Gol yang ke-4 yang menjadikan jarak mereka semakin jauh dan gol ke-4 itu menunjukkan Sepanyol memang pasukan yang lebih berbisa. Jaringan Juan Mata, yang juga pemain kelab Chelsea, menerima lorongan dari Fernando Torres lalu dia menjaringkan gol. Ini merupakan gol dari kombinasi dari pemain Chelsea.

Tahniah Sepanyol kerana menjuarai EURO 2012.

Sunday 1 July 2012

Kad Atm

Assalamualaikum..

Hari ini dalam sejarah. Pernah tak korang alami ketika korang tengah tak ada duit dan pergi ke mesin ATM untuk keluarkan duit tapi bila buka dompet tiba-tiba korang perasan kad ATM korang dah TAKDE!! Apakah perasaan korang masa tu? Cuak? Bingung? Haha, itu lah perasaan aku bila aku buka dompet aku tengok-tengok kad ATM aku dah takde. Kad ATM aku tercicir entah ke mana. Bukan aku 'careless' okay, aku seorang yang sangat 'organized' dan cermat dan sebab itu la aku jadi bingung dan cuak.

Terlintas macam-macam kat kotak minda aku masa tu. 'Flashback' semua kejadian untuk 'scan' bila last time aku keluarkan duit dan aku telah teringat bahawa 2 hari yang lalu aku ada depositkan wang ke dalam akaun aku. Biasanya kalau aku depositkan duit aku akan 'key in' kan nombor akaun tu, tapi tak tau la hari tu malas atau gatal nak lari dari 'norms', aku masukkan kad ATM aku kat mesin CDM tu so, 'key in' nombor PIN je la.

Lepas tu, proses masukkan duit dijalankan hingga selesai. Yang aku tak boleh terimanya, lepas keluar resit dari CDM tu aku sambar resit tu dan menonong keluar tanpa ambil balik kad ATM. Moral of the story, kalau korang dah terbiasa dengan sesuatu 'set of action', janganlah korang ubah melainkan korang betul-betul sedia.

Lepas ni, nak menghala ke bank untuk buat kad baru. Kalau ada 'procedure' yang perlu diikuti aku akan post kat sini. Sekian dulu. Chowz!

Final EURO 2012

Akhirnya!! Saat yang dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak di tanah air, Final EURO 2012. Siaran langsung  ditayangkan pada pukul 2.45pagi(waktu Malaysia) di siaran TV3, Astro 825. Antara pasukan Itali dan Sepanyol, siapakah yang akan dinobatkan sebagai juara kali ini untuk EURO 2012?

Hahaha. Intro yang macam hampeh. Tak kiralah ape pon. Janji aku nak tengok bola malam ni. Dan aku sokong Sepanyol!! La Viva Esapana!

Korang nk sokong pasukan mana pun tak kisah la kan. Tapi apa yang penting semangat kesukanan dan sokongan padu. Janganlah sebab bola kita jadi bergaduh sesama sendiri. Yang bermain bola tu bukan kita dan juga bukan pemain negara kita. Jangan la sampai fanatik pulak kan. Hehe, I'm just saying.

Apa-apa pun, harap game malam ni menarik, banyak gol dan percubaan dihasilkan dan yang paling penting Sepanyol menang!!

Majulah sukan untuk negara.